PROGRAM-program bagi membantu petani meningkatkan hasil buah-buahan, sayuran dan beras yang dihentikan semasa penggal pertama Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri dahulu mungkin akan dihidupkan semula di bawah pentadbirannya kali ini.
Program tersebut adalah antara cadangan yang dikaji oleh kerajaan baharu kerana tujuannya ialah untuk meningkatkan keselamatan makanan dan mengurangkan kos import makanan negara yang bernilai berbilion ringgit.
Menurut sumber, ia merupakan cadangan daripada panel yang menasihati Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diumumkan pada Mei.
Apa yang mahu ditekankan oleh pentadbiran baharu ini ialah untuk membantu golongan petani kecil meningkatkan hasil tanaman tempatan yang menjadi makanan ruji rakyat.
Ini bertentangan dengan matlamat kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu yang mahu meningkatkan pengeluaran tanaman industri seperti kelapa sawit untuk dieksport.
Usaha untuk meningkatkan hasil makanan tempatan ini juga adalah asas di sebalik projek National Feedlot Corporation (NFC) di bawah Shahrizat Jalil.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata kerajaan akan meneruskan matlamat projek tersebut iaitu meningkatkan pengeluaran daging lembu untuk memenuhi 30% permintaan tempatan menerusi projek pembiakan di Muar, Segamat dan Pagoh di Johor.
“Tumpuan menanam sesuatu yang kita eksport, seperti kelapa sawit telah menyebabkan alam sekitar musnah dan kebergantungan terhadap makanan import,” kata sumber yang tahu mengenai cadangan tersebut.
Pada masa yang sama, kita hilang banyak pengetahuan dan peluang untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan kita, kata sumber itu.
“Kebanyakan tanah kita juga banyak digunakan untuk tanaman yang tidak boleh dimakan, iaitu kelapa sawit dan getah.”
Dengan mengenepikan pengeluaran makanan, negara menjadi terlalu bergantung kepada makanan import, harga berubah-ubah disebabkan nilai ringgit.
“Ironinya, kita mengimport makanan dari negara yang telah melabur dalam industri pertanian mereka, seperti Thailand dan China.”
Melanjutkan perkhidmatan
Tahun lalu, Malaysia membelanjakan sebanyak RM38.1 bilion untuk mengimport makanan kerana sektor pertanian tempatan tidak mampu menghasilkan pengeluaran yang cukup untuk menampung keperluan dalam negara.
Mampu diri beras negara hanyalah 70%, bermakna sawah padi dalam negara hanya mampu memenuhi 70% permintaan terhadap beras dan bermakna juga harus mengimport beras untuk seratus peratus memenuhi permintaan.
Selain itu, Malaysia juga mengimport sayuran seperti cili (49.1% mampu diri) dan kubis bulat (61.9%). Bagi daging lembu dan kambing pula, Malaysia mencapai masing-masing 11.8% dan 25.1% mampu diri.
Pakar ekonomi, Yusof Saari berkata meskipun mampu diri dalam makanan tertentu seperti ayam, Malaysia masih perlu mengimport makanan ayam, di mana kosnya akan mempengaruhi harga runcit daging ayam.
Cadangan-cadangan ini akan menyaksikan kerajaan membelanjakan lebih banyak ke atas kebajikan petani, membina infrastruktur serta melatih mereka dalam kaedah dan amalan yang terbaik.
Komponen terakhir ini, yang secara teknikalnya dipanggil perkhidmatan lanjutan, melibatkan penghantaran pelatih dari agensi penyelidikan negara seperti Mardi untuk mengajar dan melatih petani cara terbaik meningkatkan hasil mereka.
“Kebanyakan perkhidmatan lanjutan yang dibangunkan pada lewat 70-an ini, dihentikan oleh Dr Mahathir pada 80-an kerana kerajaan pada masa itu melihat pertanian ini sebagai industri meleset (sunset industry),” kata seorang lagi sumber yang terlibat dalam panel penasihat ini.
“Banyak kaedah pertanian perintis dan akademi dihentikan.”

Pada penggal pertama Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 menyaksikan beliau memperuntukkan semua tenaga dan sumber kerajaan untuk mengalih ekonomi berasaskan pertanian kepada satu, iaitu menumpukan industri berat.
Daripada melabur dalam syarikat bersakal besar untuk menghasilkan makanan, cadangan itu menyeru kepada sokongan dan meningkatkan jumlah ladang berskala kecil.
Selain menghidupkan semula progaram-program yang sudah tidak berfungsi ini, panel itu juga melihat kepada langkah-langkah perdagangan yang dapat menyokong industri pertanian, seperti tarif sementara ke atas import makanan.
Ini akan menjadikan harga makanan keluaran tempatan lebih kompetitif, kata pegawai berkenaan.
“Jepun misalnya, mempunyai tarif 700% ke atas beras bagi melindungi industri tempatan mereka.”
Dalam menurunkan harga import sementara industri dapat menegjar, kerajaan baharu juga sedang mengkaji semula permit import yang dluluskan.
“Sadar keselamatan makanan adalah pelan jangka panjang. Kita perlu bina semula kapasiti negara melatih semula petani dan alih keutamaan kita. Ini satu perubahan yang sangat besar.” – 28 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Alisya sofea · Ulasan