Najib tak tahu kewujudan surat ke CIA


Kamles Kumar

NAJIB Razak mendakwa beliau tidak tahu mengenai kewujudan surat yang dihantar oleh bekas agensi risikan kerajaan kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, tetapi berkata pemimpin Pakatan Harapan mewujudkan 'duluan buruk' dengan mendedahkannya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2018.

NAJIB Razak mendakwa beliau tidak tahu mengenai kewujudan surat yang dihantar oleh bekas agensi risikan kerajaan kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Najib berkata surat itu ditulis daripada agensi kepada agensi, dan beliau tidak tahu kandungannya.

“Saya tidak tahu. Surat ini ditulis oleh agensi perisikan kita. Bukan polisi kita untuk dedahkan surat itu.

“Saya tak boleh sahkan atau nafikannya tetapi saya tidak tahu mengenainnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bekas presiden Umno membidas kerajaan kerana mewujudkan “duluan buruk” dengan mendedahkan kandungan surat tersebut yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

“Ini rahsia kerajaan. Kita tidak boleh dedahkannya.

“Sama ada ia ditulis ataupun tidak, polisinya adalah tidak perlu komen kebocoran seperti ini. Ia mewujudkan duluan buruk,” kata Najib.– 26 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Apa kerja ko, semua tak tahu.kalau macam tu agensi jemput berpuluh pembunuh upahan pun ko tak tahu......so kalau dah tak tahu baik diam,duduk rumah buat malu je...jenis manusia tak sedar diri dan menyusahkan rakyat je......

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Hazimi Dibok · Ulasan