KETUA Pembangkang Ahmad Zahid Hamidi masih belum menerima tawaran jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan media.
Katanya, beliau akan berbincang dengan rakan pembangkang dari Barisan Nasional (BN) dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menolak atau menerima jawatan itu.
“Saya tak terima terima tawaran rasmi lagi untuk menjadi pengerusi PAC. Bagaimanapun, saya akan bincang dengan blok pembangkang dari Umno/BN dan PAS.
“Saya akan ambil tindakan selepas dapat surat rasmi,” kata Zahid kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Bekas perdana menteri berkata beliau tidak tahu sama ada tawaran Pakatan Harapan itu benar atau tidak.
“Ia bergantung kepada penafsiran dan motif tersembunyi mereka,” kata Zahid.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata hanya nama Zahid sahaja yang dipertimbangkan bagi jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).– 25 Julai, 2018.
Komen