Ahli Parlimen KL diminta kemuka calon ahli lembaga penasihat DBKL


Noel Achariam

Mereka mesti dicalonkan berdasarkan kelayakan dan keupayaan mereka, kata  Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Julai, 2018.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempunyai barisan ahli lembaga penasihat baharu tidak lama lagi, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Beliau berkata semua ahli Parlimen Kuala Lumpur diminta supaya mengemukakan calon bagi ahli lembaga penasihat itu.

“Mereka mesti dicalonkan berdasarkan kelayakan dan keupayaan mereka.

“Pelantikan bukanlah sebagai ganjaran atas sebab politik, seperti yang dilakukan sebelum ini,” kata Khalid selepas mesyuarat bersama ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur di ibu pekabat DBKL hari ini.

Pada minggu lepas, tujuh wakil Barisan Nasional (BN) dalam lembaga penasihat DBKL meletak jawatan secara sukarela. Mereka dilantik pada awal tahun lepas.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata kesemua wakil BN perlu melepaskan jawatan mereka dengan segera. – 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen