POLIS tidak menerima sebarang permohonan dari India untuk mengekstradisi jutawan tekomunikasi T. Ananda Krishnan yang didakwa oleh Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) terlibat dalam rasuah perjanjian Maxis-Aircel bersama beberapa individu lain.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata beliau maklum akan perkara itu namun menjelaskan bahawa polis Malaysia tidak terlibat dalam usaha mendapatkan Ananda.
“Ia diuruskan oleh agensi lain,” kata Fuzi.
The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan respons daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes ini.
Ananda dan pembantunya, Ralph Marshall dinamakan dalam pertuduhan oleh Pusat Biro Siasatan India (CBI) kerana didakwa terlibat dengan rasuah dalam perjanjian Aircel-Maxis, lapor Times of India.
Beliau yang merupakan seorang daripada individu terkaya di Malaysia, memiliki kepentingan majoriti dalam Maxis. – 20 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen