Ananda didakwa rasuah berhubung perjanjian Aircel-Maxis


Pihak berkuasa India mendakwa T. Ananda Krishnan dan pembantunya dengan pertuduhan rasuah dalam perjanjian Aircel-Maxis pada 2006. – Gambar AFP, 20 Julai, 2018.

HARTAWAN Malaysia, T. Ananda Krishnan dan pembantunya, Ralph Marshall dinamakan dalam pertuduhan oleh Pusat Biro Siasatan India (CBI) kerana didakwa terlibat dengan rasuah dalam perjanjian Aircel-Maxis, lapor Times of India.

Jutawan Ananda, seorang daripada individu terkaya di Malaysia, memiliki kepentingan majoriti dalam Maxis.

Turut dikenakan dakwaan itu adalah 10 orang ahli politik tempatan dan pegawai kerajaan, termasuk pemimpin Kongres P Chidambaram dan anaknya Karti.

Chidambaram didakwa menyalahgunakan kuasa beliau ketika memimpin Kementerian Kewangan pada Mac 2006 kerana memberikan Maxis Communications FIPB membawa lebih banyak wang daripada yang dibenarkan kementerian untuk diluluskan.

Maxis membawa masuk Rs3,200 crore (10 juta) (RM1,886,298,791.14) yang jauh melebihi had kementerian iaitu Rs600 crore.

Maxis, menerusi anak syarikatnya, Global Communication Service Holdings (GCSH), memperoleh kelulusan membeli 180 juta saham Aircel pada nilai Rs10 setiap satu atau RM1.8 bilion. – 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen