Zawawi calon Pakatan untuk Sg Kandis


Chan Kok Leong

PAKATAN Harapan (PH) menamakan Zawawi Ahmad Mughni dari PKR sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Kandis dalam pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya 9 Mei.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Julai, 2018.

ZAWAWI Ahmad Mughni dari PKR akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Kandis dalam pilihan raya kecil pertama selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya 9 Mei dan membentuk kerajaan Persekutuan.

Pencalonan Zawawi diumumkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail di Jalan Kebun, malam ini.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari berkata pilihan raya itu penting kerana ia akan menjadi kayu ukur kepada tahap kepuasan rakyat terhadap pentadbiran PH.

“Pilihan raya kecil ini bukan kita pinta… Saya secara peribadi kehilangan seorang rakan yang sangat rapat.”

Beliau mengingatkan bahawa pilihan raya kecil ini bukan untuk PH “mencuba-cuba” kerana gabungan itu terbukti mentadbir lebih baik daripada Barisan Nasional.

“Kita bukan lagi bercakap sebagai pembangkang. Wakil rakyat kita di Selangor dan Parlimen adalah suara rakyat Malaysia,” tambahnya.  

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai, Exco Selangor V Ganabatirau, Adun Subang Jaya Michell Ng, Adun Pandamaran Leong Tuck Chee, Adun Port Klang merangkap timbalan pengarah pilihan raya Azmizam Zaman Huri.

Adun Sg Kandis Shuhaimie Shafie meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai.

Dalam pilihan raya umum 9 Mei, Shuhaimi memenangi kerusi Sungai Kandis dengan majoriti 12,480 undi, menewaskan Kamaruzzaman Johari dari BN dan Mohd Yusof Abdullah dari PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini dan hari pengundian pada 14 Ogos.– 19 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kearah Malaysia Baharu yg lebih Islamik

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Hazlan Sani · Ulasan