RAMKARPAL Singh, peguam yang mewakili keluarga Altantuya Shaaribuu berkata beliau masih belum dimaklumkan secara rasami bahawa polis sudah menyiapkan siasatan semula ke atas kes pembunuhan warga Mongolia itu.
Beliau berkata Peguam Negara Tommy Thomas baru sahaja mengarahkan supaya siasatan kes Altantuya dibuka semula.
Menurut Ramkarpal, beliau hanya mengetahui mengenai perkara ini melalui media sambil menyatakan kebimbangan terhadap siasatan yang dilakukan dalam tempoh pendek itu mungkin tidak cukup lengkap.
“Melainkan siasatan sebelum ini mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.
‘Siasatan tidak boleh dijalankan sekadar untuk memenuhi gesaan supaya kes itu dibuka semula.
Terdahulu hari ini, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kematian Altantuya yang dibuka semula.
Ramkarpal berkata Pejabat Peguam Negara masih belum menghubungi firma guamannya. – 19 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen