Peguam nafi polis ambil keterangan Najib


Alfian Z.M. Tahir

JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) masih belum merekodkan kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung barangan yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengannya, kata peguam Badrul Hisham Abdullah.

Badrul yang merupakan peguam Najib berkata demikian selepas Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata yang anggotannya telah merakamkan keterangan ahli Parlimen Pekan itu berhubung perkara berkenaan.

“Saya boleh sahkan yang tidak ada seorang pun dari JSJK datang merekodkan keterangan Najib berhubung barangan yang dirampas di kediamannya atau rumah yang mempunyai kaitan dengannya,” kata Badrul kepada The Malaysian Insight.

“Bagaimana Noor Rashid boleh keluarkan kenyataan sedemikian, kami perlu tanya dia. Di pihak kami, saya hanya boleh sahkan yang tiada keterangan diambil daripada JSJK,” tambahnya.

Di Kuching hari ini, Noor Rashid memberitahu pemberita yang polis telah merekodkan keterangan Najib.

“Banyak lagi perkara harus diperhalusi, ambil keterangan saksi dan dalam masa terdekat kita akan dapat surat daripada pendakwa raya.”– 19 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen