PEMIMPIN Umno tidak harus menyimpan wang parti atau menerima apa-apa derma kerana ia akan memberi tanggapan bahawa parti itu korup, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata perlu ada rombakan terhadap kewangan parti serta cara wang itu disalurkan bagi memastikan ketelusannya pada masa akan datang.
“Kita harus ada kawalan yang ketat berhubung bagaimana wang itu digunakan. Tidak ada mana-mana ahli yang boleh mengumpul wang sebagai derma kepada parti.
“Semua pembayaran untuk derma harus dibuat atas nama Umno. Bukan atas nama personaliti atau orang yang memegang jawatan,” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Pihak berkuasa sebelum ini merampas sejumlah RM110 juta dari kediaman peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, yang juga bekas presiden Umno.
Umno mendakwa wang tersebut adalah milik parti dan Najib menyimpannya untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Tambah Tengku Razaleigh, Umno pada asasnya adalah parti yang baik, tetapi terkesan oleh perbuatan individu tertentu.– 19 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Hazlan Sani · Ulasan