PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menaikkan kos sara hidup seperti dispekulasikan oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata SST akan hanya berkuat kausa terhadap perkhidmatan tertentu, tidak seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib yang mengenakan cukai kepenggunaan lebih luas.
“Ia 10%, jika anda beli. Jika anda tidak beli, anda tidak perlu bayar.
“GST pula ialah cukai di sumber, jadi sama ada anda beli atau tidak, semuanya harga akan naik,” kata Dr Mahathir ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata kerajaan bercadang untuk memansuhkan GST pada sidang Parlimen kali ini.
“Kita ada GST kadar sifar, jadi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memastikan Parlimen memansuhkan undang-undang itu,” katanya.
Hari ini, Najib memberitahu wartawan bahawa SST akan menaikkan kos sara hidup. Katanya, harga barangan tidak akan turun walaupun dengan GST kadar sifar dan pelaksanaan SST akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
Kerajaan sekarang akan memperkenalkan semula cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% bermula 1 September, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam. – 17 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan