UMNO mengesahkan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi dipilih di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk mengetuai blok tersebut di Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata perkara itu dipersetujui semua parti pembangkang.
“Gagasan Sejahtera setuju ketua kepada parti yang mempunyai kerusi terbanyak patut jadi ketua pembangkang.
“Semua parti pembangkang termasuk PAS setuju Zahid jadi ketua pembangkang,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Dalam sidang media bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pagi ini, beliau turut merujuk bekas timbalan perdana menteri itu sebagai ketua pembangkang. – 16 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan