PRESIDEN MIC yang baharu dilantik S. A Vigneswaran merupakan seroang yang dinamik dan berani yang akan membawa perubahan kepada parti dan melindungi kepentingan masyarakat India, kata S. Rajah.
Setiausaha Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan itu berkata bahawa mereka mahu MIC menjadi parti yang dipercayai dan telus bagi masyarakat India.
“Ia tidak boleh menjadi ‘one man show’ seperti apa yang dilakukan sebelum ini oleh para pemimpin lain.
“Presiden yang betul sudah tiba untuk menaikkan parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Vigneswaran dinamakan secara rasmi sebagai presiden MIC yang baharu selepas memenangi jawatan itu dalam pemilihan parti itu hari ini.
Speaker Dewan Negara itu menang tanpa bertanding selepas menerima 1,808 pencalonan.
Rajah berkata Vigneswaran juga perlu menggalakkan golongan belia untuk menyertai parti.
“Kita perlukan lebih ramai orang muda untuk menaikkan parti dan kita percaya beliau mampu lakukannya.”
Vigneswaran, yang juga bekas naib presiden, mengambil alih kepimpinan parti daripada Dr S. Subramaniam.
Bekas menteri kesihatan itu hilang kerusi parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presidan R Gobalakrishnan mengumumkan kemenangan itu selepas Vigneswaran tidak dicabar oleh mana-mana ahi parti ketika proses pencalonan ditutup tengah hari tadi.
Vigneswaran menerima sokongan daripada 3,616 cawangan di seluruh negara, daripada 4,300 cawangan.
Parti komponen Barisan Nasional itu akan meneruskan proses memilih calon untuk peringkat bahagian, negeri dan cawangan sebelum akhir tahun ini. – 14 Julai, 2018
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan