MALAYSIA hanya penyumbang kecil dalam pemanasan dan perubahan iklim dunia. Namun, itu tidak bermakna Malaysia tidak boleh membantu mencegah apa yang disebut saintis sebagai ancaman terbesar manusia.
Menteri Kabinet yang baru dilantik, Yeo Bee Yin melihat perubahan iklim dan respons antarabangsa terhadap isu itu bukan hanya satu ancaman, namun satu peluang.
Iaitu peluang bagi negara mengembangkan industri baharu dan mencipta pekerjaan bergaji tinggi baharu, selain daripada menyediakan negara untuk bagaimana perubahan iklim akan mengganggu bekalan makanan dan air serta merubah muka bumi.
Dalam setiap bahaya , sentiasa ada peluang,” kata Yeo yang dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.
Komponen perubahan iklim adalah tambahan baharu kepada portfolio itu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ia mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.
Yeo telah mengumumkan sebuah Majlis kepakaran sedang dibentuk bagi melihat secara khusus peluang serta bahaya perubahan iklim kepada Malaysia.
Salah satu tugas Majlis tersebut ialah untuk meneroka peluang bagi negara memanfaatkan pasaran untuk teknologi karbon rendah dan perniagaan yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$5 trilion.
Pasaran itu dijangka akan berkembang ketika negara-negara memulihkan ekonomi mereka bagi mengurangkan pengeluaran karbon sebagai satu daripada ikrar mereka dalam perjanjian Bangsa-Bangsa Bersatu 2015 mengenai pemanasan global. – 8 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan