Saya akan beri laluan jika Anwar mahu jawatan presiden PKR, kata Dr Wan Azizah 


Gan Pei Ling

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bagaimanapun sedia mempertahankan jawatan itu sekiranya Anwar mahu kekal sebagai ketua umum PKR.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Julai, 2018

PRESIDEN PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim sekiranya beliau bertanding untuk jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang. 

Dr Wan Azizah memberitahu pemberita PKR masih belum memutuskan sama ada Anwar perlu terus menjadi ketua umum.

“Saya tidak akan bertanding (jawatan presiden) jika beliau bertanding,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan jawatan itu sekiranya Anwar terus mahu menjadi ketua umum, kata Dr Wan Azizah. 

PKR menyaksikan keahliannya meningkat 60 peratus selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 9 Mei lalu. 

Setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata lebih 300,000 orang telah mendaftar sebagai ahli parti itu antara 9 Mei dan 26 Jun. 

Kira-kira 800,000 ahli parti tiu akan mengundi pada pemilihan parti yang dijangka akan diadakan natara Ogos dan September. 

Saifuddin semalam berkata, parti itu masih dalam proses ujian sistem e-votingnya. 

Calon perlu membayar RM25,000 untuk bertanding jawatan presiden, RM20,000 bagi jawatan timbalan presiden, RM10,000 bagi jawatan naib presiden, RM5,00 bagi ahli jawatankuasa pusat, RM3,000 bagi ketua cabang dan RM500 bagi ahli jawatankuasa cabang. – 8 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dr Wan merupakan satu cth yg baik,doa kami sentiasa mengiri dr wan

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan