Fahmi Reza percaya kes Najib hanya satu permulaan


Nabihah Hamid

AKTIVIS yang popular dengan karya kartun badut Najib Razak, Fahmi Reza berkata tindakan mengheret bekas perdana menteri itu ke mahkamah hanyalah langkah permulaan dalam usaha membersihkan negara dari gejala rasuah. 

Beliau juga berharap tiada sesiapa yang terlibat dalam skandal rasuah itu akan terlepas dari dibawa ke muka pengadilan.  

“Ini satu permulaan untuk negara kita ke arah dalam perjuangan untuk melawan segala bentuk korupsi penguasa. Ini satu langkah ke hadapan, ke arah membasmi terus (rasuah) dalam pemerintahan, dalam politik negara kita,” katanya.

Artis grafik itu merupakan antara ratusan individu yang hadir hari ini untuk menyaksikan Najib dibawa ke mahkamah.

Karyanya yang memaparkan Najib sebagai badut menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Beliau berjaya membayar denda itu dalam tempoh 24 jam hasil sokongan orang ramai yang memberi sumbangan kepadanya.

Kes itu sedang dalam proses rayuan di mahkamah tinggi. – 4 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sekarang awak mahu balas dendamlah?

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mohammad Simon Adam Sikat · Ulasan