MUSTAPA Mohamed menjadi bekas menteri dari pentadbiran Barisan Nasional (BN) kedua yang secara rasmi menyerahkan tugas kepada penggantinya dari Pakatan Harapan (PH).
“Kita perlu menjadi matang,”
“Untuk maju dalam hidup dan politik di negara ini, kita maju ke depan,” kata Mustapa selepas menyerahkan tugas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baharu, Darrel Leiking hari ini.
Bagaimanapun, Mustapa enggan mengulas mengapa BN dilihat jarang sekali menyerah tugas secara formal kepada kerajaan baharu.
Sejak BN hilang kuasa pada pilihan raya 9 Mei lalu, hanya beberapa bekas menterinya menyerahkan tugas kepada menteri PH.
Mereka termasuk Dr S Subramaniam yang meyerah portfolio Kesihatan kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Rohani karim kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Idris Jusoh kepada Dr Mazlee Malik (Pengajian Tinggi).
Hari ini, Khairy Jamaluddin menyerah portfolio Belia dan Sukan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq antara 13 menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negara semalam.
Tiada upacara penyerahan tugas di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian-Kementerian Kewangan, Pertahanan, Dalam Negeri, Sumber Manusia, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengangkutan, serta Pembangunan Luar Bandar.
Leiking adalah antara 13 menteri baharu yang mengangkat sumpah semalam. Beliau dilaporkan memulakan tugas hari ini bersama timbalannya, Dr Ong Kian Ming.
Beliau adalah ahli Parlimen Penampang dan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah manakala Ong ialah ahli Parlimen Bangi dan penolong pengarah pendidikan politik DAP. – 3 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Qadaffy MT Aidala · Ulasan