KERAJAAN negeri Kelantan menafikan dakwaan ia mengutip wang haram dalam mengendalikan program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri itu sebagaimana yang disebarkan melalui media sosial, kata Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
“Kerajaan negeri membuat penegasan tidak pernah mengarahkan atau meminta Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading tersebut.
“Kerajaan negeri amat mengharapkan kepada sesiapa yang ada membuat apa jua bayaran agar dapat membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 9 Januari, kerajaan negeri itu menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat Climate Protector Sdn. Bhd.
Kerajaan negeri memperuntukkan tempoh selama 24 bulan atau dua tahun dalam dokumen perjanjian itu untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi.
“Dalam tempoh kajian dan semakan semula ini juga, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pihak ketiga daripada institusi kewangan yang berwibawa ke atas perjalanan urusniaga yang akan dilaksanakan syarikat bagi memastikan urusniaga ini sah daripada segi perundangan tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Perjanjian itu bagaimanapun dikritik persatuan alam sekitar yang mendakwa kerjaaan negeri mengadakan urus janji dengan syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan skim pelaburan yang meragukan.Adun Sal
Adun Salor Husam Musa pula menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tersebut.
Pada 26 Jun, Ahmad mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada Climate Protectors Sdn Bhd walaupun BNM menamakan syarikat itu dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun. – 5 Julai, 2017.
Komen