Insiden pesawat langgar burung jarang berlaku di ruang udara Malaysia


Low Han Shaun

Pesawat AirAsia X D7207 dari Coolangatta di Gold Coast, Australia selamat mendarat di Lapangan Terbang Brisbane semalam. – Gambar Facebook, 4 Julai, 2017.

INSIDEN serangan burung di ruang udara adalah bahaya kekal bagi industri penerbangan, menyebabkan lencongan penerbangan dan pendaratan , seperti dalam kes penerbangan AirAsia X D7207 yang terpaksa mendarat di Brisbane semalam.

Tetapi, kadar insiden seperti itu di lapangan terbang di Malaysia rendah berbanding dengan lapangan terbang lain dan pihak berkuasa lapangan terbang mengambil beberapa langkah untuk menghalang insiden itu sebanyak mungkin, kata juruterbang dan pegawai operasi lapangan terbang kepada The Malaysian Insight.

Pendaratan cemas adalah prosedur piawai dalam serangan burung dan juruterbang dilatih untuk itu, kata juruterbang Ian Augustin, 42, yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun menerbangkan helikopter dan pesawat komersil.

“Terdapat beberapa langkah yang biasanya kita ambil, iaitu untuk mengumpulkan maklumat mengenai tempoh penghijrahan burung, dengan mengambil perhatian terhadap kawasan-kawasan ‘hotspot’ burung berkumpul. Jadi, kita cuba mengelak kawasan itu,” kata Augustin kepada The Malaysian Insight.

Jika seekor burung terbang terus ke dalam enjin, Augustin berkata protokol penerbangan kebanyakannya, jika tidak semua, memerlukan pesawat mendarat.

“(Ini akan) sama ada menyebabkan enjin masih memberi kuasa atau terus tidak mempunyai kuasa langsung, jadi kita perlu mendarat secepat mungkin.”

Juruterbang juga dikehendaki membaca ‘Notice to Airmen’ (NOTAMs) sebelum melakukan penerbangan untuk memerhatikan bahaya yang mungkin sebelum penerbangan tertentu.

“Seringkali, burung yang akan cuba mengelak kita,” kata Augustin, sambil menambah serangan burung jarang berlaku di Malaysia berbanding negara lain.

Pengurus Kanan Keselamatan Aerodrome di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Cheng Ling Perng, berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kira-kira 30 serangan burung dalam setahun. Sementara itu, Lapangan Terbang Changi Singapura yang berada di laluan migrasi burung mempunyai sekitar 300 kes setahun.

Cheng berkata serangan burung di pesawat atau lapangan terbang tidak boleh dipersalahkan kerana kegiatan burung bukan berada dalam kawalan mereka.

Cheng yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dan bertanggungjawab terhadap pematuhan lapangan terbang dan pensijilan standard berkata, operator lapangan terbang ada bertemu pihak berkuasa hidupan liar mengenai cara untuk menangani kehadiran burung di dalam dan di sekitar lapangan terbang.

“Kami mengadakan mesyuarat koordinasi, kursus, dan pegawai dari jabatan hidupan liar dan ornithologist (pakar burung) untuk datang membantu kami di lapangan terbang untuk memberitahu kami mengenai spesies burung dan apa yang mereka makan,” katanya.

Maklumat seperti itu adalah penting dalam mengurus landasan dan persekitaran lapangan terbang. Sebagai contoh, rumput panjang menghasilkan biji-bijian yang menarik perhatian burung tertentu yang diperhatikan ular, yang kemudiannya menarik perhatian helang.

“Semua ini (makhluk) di lapangan terbang boleh menjadi bahaya kepada pesawat,” kata Cheng. Akibatnya, kakitangan lapangan terbang perlu merapikan rumput di landasan pada ketinggian tertentu dan ada juga spesies rumput tertentu yang tidak boleh ditanam.

Pihak berkuasa lapangan terbang juga bekerja dengan badan pengawalseliaan lain di luar lapangan terbang, seperti perancang bandar, untuk memastikan pembangunan seperti ladang sarang burung tidak terletak dalam jarak 20 kilometer dari lapangan terbang.

Kaedah pencegahan lain termasuk menguruskan penggunaan racun perosak, memasang jaring, bunyi pemangsa burung tiruan, loceng, sangkar dan pelan pengurusan bahaya hidupan liar, “kata Cheng.

Penerbangan AirAsia X dengan 345 penumpang dari Coolangatta di Gold Coast Australia semalam terpaksa dialihkan ke Brisbane untuk mendarat selepas serangan burung yang disyaki ke enjin starboardnya tidak lama ia berlepas.

Menurut statistik Biro Pengangkutan Awam Australia (ATSB) mengenai serangan hidupan liar dari 2006 hingga 2015, jumlah serangan burung meningkat daripada 1,234 pada 2006 kepada 1,977 pada  2015.

Coolangatta, yang berada di Queensland Australia, juga menyaksikan peningkatan serangan burung dari 396 pada 2006, kepada 657 pada 2015. Ini adalah antara jumlah tertinggi serangan burung berbanding negeri lain di Australia.

Peratusan besar serangan burung menurut laporan ATSB, melibatkan kerosakan satu enjin. Laporan itu juga termasuk serangan hidupan liar lain dan serangan haiwan yang tidak terbang. - 4 Julai 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen