Suhakam minta polis semak data lokasi Norhayati pada 12 Mei


Noel Achariam

Norhayati Ariffin memberitahu panel yang pegawai Cawangan Khas Shamzaini Mohd Daud melawat rumahnya di Kangar, Perlis, pada 12 Mei, bagi berbincang mengenai kehilangan suaminya Amri Che Mat dan Koh.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Julai, 2018.

SUHAKAM meminta pegawai polis yang menyiasat kehilangan Amri Che Mat untuk mendapatkan data lokasi isteri aktivis terbabit Norhayati Ariffin dan pegawai Cawangan Khas Shamzaini Mohd Daud daripada penyedia perkhidmatan mudah alih (telco) bagi mengenal pasti keberadaan mereka pada 12 Mei lalu.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai meminta Khor Yi Shuen, yang memberi keterangan dalam inkuiri berhuhung kehilangan Amri, untuk mengenal pasti penyedia perkhimatan telco yang digunakan mereka.

“Semak telco mana yang digunakan mereka,” katanya.

Norhayati memberitahu panel yang Shamzaini melawat rumahnya di Kangar, Perlis, pada 12 Mei, bagi berbincang mengenai kehilangan Amri dan Koh.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy pada bulan lalu menunjukkan kepada Norhayati satu laporan polis yang dibuat Shamzaini, menafikan segala apa yang diberitahunya kepada panel.

Semasa inkuiri berjalan hari ini, peguam yang mewakli keluarga Amri, Nizam Bashir bertanya kepada Khor jika dia ada menyemak lokasi Norhayati dan Shamzaini pada 12 Mei.

Nizam berkata data lokasi boleh menunjukkan keberadaan kedua-dua mereka dan sama ada terdapat pertemuan berlaku pada 12 Mei. – 2 Julai, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen