Zeti mula tugas di PNB hari ini


Gan Pei Ling

Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz akan memulakan tugas baharunya sebagai pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) tengah hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Julai, 2018.

PENGERUSI baharu Permodalan Nasional Bhd (PNB) Zeti Akhtar Aziz akan memulakan tugasnya tengah hari ini.

“Saya terharu. Saya tidak sabar hendak bekerja bersama kakitangan PNB untuk kemapanan pencapaian entiti itu dan sumbangan mereka untuk ekonomi secara keseluruhan.

“Saya akan bertemu mereka buat kali pertama petang ini,” kata Zeti kepada wartawan ketika meninggalkan Menara Ilham hari ini.

Bekas gabenor bank pusat itu turut menganggotai panel lima ahli Majlis Penasihat negara.

Zeti berkata beliau masih sebahagian daripada majlis sementara yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan pembaharuan dan memenuhi janji pilihan rayanya.

“Ya, ada banyak lagi kerja perlu dilakukan,” kata Zeti.

Majlis itu mempunyai kurang 50 hari untuk menyiapkan tugasan mereka.

Zeti yang akan berusia 70 tahun ini, diumumkan sebagai pengerusi baharu PNB menggantikan bekas menteri Abdul Wahid Omar berkuat kuasa pada 1 Julai. – 2 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • A good choice. Zeti with her experience makes a good chairman of PNB.

    Make sure Wahid returns the PNB money wasted on buying fancy plate numbers from JPJ. The thousands of ringgit spent are depositors' money, not his.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan