HARAPAN Umno untuk membina semula parti dan menjadi pembangkang yang kuat musnah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti itu, kata pemimpin akar umbi.
Mereka juga berasa langkah SPRM itu sebagai percubaan untuk menyukarkan lagi parti, yang menjadi pemimpin bagi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan berkata ini menambah masalah terhadap usaha Umno yang sedang cuba melakukan pembaharuan selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Ia sememangnya sesuatu yang sangat membantu pihak lawan kami. Pada masa kami cuba untuk bangun semula, pembekuan akaun menjadikan ia semakin sukar,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata Umno akan berdepan kesukaran sukar untuk mengekalkan pentadbiran parti itu.
“Melumpuhkan akses kepada dana menjadikan perkara lebih sukar, tidak termasuk masalah sebenar bagi kakitangan parti yang mempunyai keluarga untuk ditanggung, yang bergantung pada gaji Umno,” kata Shahril.
Ketua Bahagian Umno Hulu Langat Johan Abdul Aziz berkata pembekuan beku itu akan “menyusahkan hidup Umno”.
“Itulah niat mereka. Menyusahkan kita seboleh yang mungkin. Sekarang, keadaan akan bertambah sukar untuk menjalankan pentadbiran parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih itu menambah pucuk pimpinan parti itu sedang memikirkan tindakan untuk membatalkan pembekuan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
SPRM pada Khamis membekukan akaun bank ibu pejabat parti dan cawangannya di Selangor.
Tindakan ini dilaporkan diambil ketika penyiasat melebarkan penyiasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pasukan petugas 1MDB berkata akaun parti politik lain juga dibekukan, bukan hanya Umno.
Bekas menteri BN, Nazri Abdul Aziz, optimis mengatakan terdapat ruang untuk rundingan.
“Saya adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM selama sembilan tahun. Mereka tidak berminat dengan politik. Saya yakin ia boleh dibincangkan dengan mereka,” kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno kepada The Malaysian Insight.
Nazri berharap SPRM akan membenarkan akses kepada beberapa dana untuk membayar ahli dan kos pentadbiran.
Sementara itu, Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre berkata tindakan SPRM sudah lama sepatutnya dibuat terutama dengan bekas pengerusi Najib Razak yang terlibat secara langsung dengan 1MDB.
“Ia kini sedang disiasat memandangkan bekas presiden berkata wang yang disita itu adalah untuk PRU dan parti itu.
“Memandangkan kes yang dikaitan dengan 1MDB, sudah dijangka tindakan sedemikian akan diambil,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Tetapi Ibrahim berkata masa pembekuan itu boleh dipersoalkan, terutama ketika Umno sedang mengadakan pemilihan dalaman parti.
“Bagaimanapun, masa ia dilakukan, menyebabkan parti berada di bawah tekanan,” katanya.
Penganalisis politik Hisomuddin Bakar berkata langkah ini mungkin diikuti pembatalan pendaftaran Umno.
“Nampaknya, pendaftaran Umno akan dibatalkan, atau kemungkinan pembatakan pendaftaran mereka tinggi,” kata Hisomuddin.
Ketika memberi respons kepada pembekuan akaun, Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menuduh kerajaan dan Pendaftar Pertubuhan cuba membatalkan pendaftaran parti itu.
Namun Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata tiada niat buruk di sebalik siasatan dan SPRM hanya mengikut undang-undang. – 30 Jun, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan