Jawatankuasa pantau operasi HRDF ditubuhkan


Noel Achariam

KEMENTERIAN Sumber Manusia mengumumkan lima anggota untuk mengetuai Jawatankuasa Tadbir Urus bagi memantau pengurusan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Menteri M Kulasegaran berkata jawatankuasa berkenaan telah diberi mandat untuk membantu lembaga pengarah HRDF.

“Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji semula semua aspek rangka kerja tadbir urus Lembaga dan memastikan ia berfungi dengan berkesan bagi menyokong operasi HRDF.

“Mereka telah diberi kebebasan penuh untuk mengkaji semula isu yang dibangkitkan,” katanya di Wisma HRDF di Kuala Lumpur hari ini.

Jawatankuasa berkenaan terdiri daripada bekas setiausaha agung MITI Rebecca Fatima Sta Mari, pakar pemulihan hutang Fiona Soh, peguam Fahri Azzat, akauntan 

S. Dhamodaran dan wartawan veteran R. Nadeswaran. 

Jawatankuasa ini dibentuk beberpa minggu lalu selepas tuduhan salah guna RM300 juta dari tabung berkenaan.

Apabila ditanya mengenai status ketua pegawai eksekutif (CEO) HRDF, Kulasegaran berkata CEO terbabit telah meletak jawatan dan surat peletakan jawatannya sudah diterima.

“Kita mahu hasil siasatan jawatankuasa dan melihat apakah cadangan yang mereka ada.

“Kita berharap mereka dapat menyelesaikan tugas dalam tempoh 100 hari sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan.”

Bekas CEO HRDF, CM Vignaesvaran meletak jawatan pada minggu lepas dan tempat beliau digantikan dengan Timbalan CEO Lim Kah Cheng.

Aduan mengenai penyalahgunaan RM300 juta itu mula dibangkitkan oleh Adun Bagan M Satees dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai David Marshal yang membuat laporan polis berhubung perkara itu.

CEO SG Education Group ganes juga telah menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyokong tuduhan. – 28 Jun, 2018.

Berita penuh di sini
 

 

 

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen