Wakil nafi Khairy tanding jawatan presiden untuk pecah undi


Yasmin Ramlan

Bekas setiausaha politik Khairy Jamaluddin turut menolak dakwaan bahawa keputusan bekas menteri itu adalah untuk menarik calon timbalan presiden Mohamad Hasan ke dalam kemnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Jun, 2018.

KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak berniat untuk merosakkan undi berikutan keputusan mencalonkan dirinya di saat-saat akhir, kata wakilnya Megat Firdouz Megat Junid.

Megat, bekas setiausaha politik Khairy, hadir di Menara Dato Onn hari ini bagi menyerahkan borang pencalonan bekas menteri Belia dan Sukan itu pada jam 3 petang tadi.

“Ini percaturan politik untuk split vote atau pecah vote atau rosak vote tapi ini untuk kepentingan parti,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Borang pencalonan Khairy diserahkan melalui wakilnya di Menara Dato Onn pada jam 3 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2018.

Megat turut menolak dakwaan bahawa beliau mengambil keputusan tersebut untuk menarik calon timbalan presiden Mohamad Hasan ke dalam kemnya.

No team. Semua dalam team Umno. Kita bertanding atas semangat kekeluargaan ahli akar umbi,” katanya.

Khairy sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan tertinggi Umno itu menerusi Instagram hari ini.

Beliau juga memuat naik borang pencalonannya di Instagram dan menulis: “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.” – 17 Jun, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen