PELBAGAI persatuan dan peniagaan, baik kecil atau besar, sama-sama menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) yang sudah mengumpul sebanyak RM60 juta setakat hari ini.
Pemaju hartanah, Seri Pajam Development Sdn Bhd dan Persatuan Pemandu Teksi Cameron Highlands adalah yang terbaharu menderma kepada tabung itu, dengan masing-masing menyumbang sebanyak RM2 juta dan RM1,500.
Sumbangan mereka diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang akhbar di Kemeterian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. Loke menerima cek dari mereka bagi pihak kerajaan.
“Kita berterima kasih kepada semua penderma, kita ucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang tampil menderma.
“Kerajaan juga menghargai semua sumbangan, kecil atau besar, dari rakyat,” kata Loke.
THM yang dilancarkan pada 30 Mei, setakat jam 3 petang ini telah berjaya mengumpul RM61.31 juta. – 12 Jun, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen