PENGGUNAAN rokok elektronik akan dikawal ketat di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024, yang akan dikuatkuasakan bulan ini,
Penggunaan rokok elektronik akan dikawal ketat di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024, yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dalam laporan Bernama berkata pada masa ini, penggunaan rokok elektronik masih dikawal di bawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
“(Mengenai cadangan mengharamkan vape) undang-undang dan peraturan boleh dikaji semula dan dipinda jika perlu, atas sebab kesihatan awam,” katanya kepada pemberita selepas satu acara di Port Dickson pada Sabtu.
Beliau berkata, bagaimanapun, peraturan penyeliaan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 akan dilaksanakan terlebih dahulu, menjadikan produk rokok termasuk vape, produk dikawal ketat.
Beliau berkata sebarang cadangan lain akan dipertimbangkan mengikut prosedur sedia ada dan perlu dibincangkan secara matang dan demokratik. – 9 Jun, 2024.
Komen