Tokoh telco, teknologi sertai lembaga pengarah DNB


DIGITAL Nasional Bhd (DNB) melantik lima ahli lembaga pengarah baharu, terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan, DNB berkata ia susulan perjanjian langganan saham yang ditandatangani antara DNB, Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan lima pengendali rangkaian mudah alih pada 1 Disember.

Ahli lembaga pengarah baharu, serta “pengarah gantian” mereka, menyertai dua lagi ahli penyandang, Johan Mahmood Merican dan Ma Sivanesan.

Mereka adalah Kamal Khalid daripada CelcomDigi (Infranation Sdn Bhd), KV Uthaya Kumar (Maxis Broadband Sdn Bhd),Chang Yit Fei (U Mobile Sdn Bhd), Nik Azli Abu Zahar (Telekom Malaysia Bhd) dan Yeoh Seok Hong (YTL Power International Bhd).

“Pengarah gantian” daripada U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Power International ialah Tan Kok Leong, Tajul Sultan dan Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

DNB berkata ia berharap mendapat input dan arahan berharga daripada lembaga yang baharu ditubuhkan dalam memacu kemajuan infrastruktur digital Malaysia dan penggunaan teknologi 5G merentas industri, perusahaan, sektor awam dan pengguna. – 25 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen