HAFIZUL Hawari, 38, yang dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam insiden tembakan di KLIA awal pagi semalam, ditahan di Kota Baru, Kelantan.
Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain yang mengesahkan penahanan itu, berkata Hafizul ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.
“Ya, saya sahkan dia ditahan. Suspek ditahan 3 petang tadi di Kota Baru.
“Butiran lanjut akan dikongsikan kemudian,” katanya dipetik berkata dalam laporan News Straits Times. – 15 April, 2024.
Komen