48 pelajar sekolah menengah Sarawak ditahan kes dadah tahun lepas


SERAMAI 48 pelajar sekolah menengah di Sarawak ditahan atas kesalahan berkaitan dadah tahun lalu.

Mereka antara 11,470 individu yang ditahan semasa operasi dijalankan di seluruh negeri.

Jumlah itu meningkat lebih sepuluh kali ganda berbanding jumlah tangkapan pada 2022.

Angka itu didedahkan oleh One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah Substance (MIDS) dalam laporan terkininya hari ini.

Jawatankuasa itu berkata agensi penguat kuasa telah merampas dadah berbahaya bernilai RM151 juta tahun lalu.

Jawatankuasa itu mahu lebih banyak program kesedaran dan pendidikan diadakan di peringkat sekolah, dalam kalangan pertubuhan belia serta kumpulan sosial di kawasan kediaman dan kampung. 

Katanya, usaha menyeluruh di semua peringkat penting dalam usaha untuk menangani jenayah berkaitan dadah secara berkesan di Sarawak.  – 10 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen