Rakyat pedalaman Sarawak tiada akses internet daftar Padu, kata senator


Desmond Davidson

Sesetengah kawasan di pedalam Sarawaklangsung tiada talian telefon dan internet, yang pasti akan menyebabkan ramai tercicir daripada mendapat menerima manfaat dan bantuan kerajaan, menurut seorang senator. – Gambar AFP, 4 Januari, 2024.

MASALAH telekomunikasi di kawasan pedalaman Sarawak akan menyukarkan penduduk mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dilancarkan Selasa lalu, kata seorang pemimpin PKR di negeri itu.

Senator Abun Sui Anyit berkata sesetengah kawasan langsung tiada talian telefon dan internet, yang pasti akan menyebabkan ramai tercicir daripada menerima manfaat dan bantuan kerajaan.

Padu dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kelmarin, bertujuan untuk memastikan penyelarasan subsidi dan bantuan lebih adil kepada individu yang benar-benar layak.

Ia dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.

Pendaftaran sistem itu bermula Selasa lalu hingga 31 Mac. 

Mengulas lanjut, Abun berkata sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar dalam Padu mungkin sukar dicapai jika isu telekomunikasi di kawasan pedalaman tidak ditangani terlebih dahulu.

“Tarikh akhir pendaftaran mungkin perlu dilanjutkan.

“Kalau tiada talian telefon, bagaimana penduduk hendak terima OTP (kata laluan enam digit)?” katanya kepada The Malaysian Insight. – 4 Januari, 2024.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen