Satu negara, dua standard


Ravin Palanisamy

Protes dilancarkan ketua Pemuda Umno membawa kesan, dengan ada pihak mengambil tindakan ekstrem dengan melempar bom petrol dia tiga cawangan KK Mart. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2024.

ISU agama dan kaum sering menjadi topik hangat di negara ini.

Namun, ia dilihat tidak adil apabila peraturan berbeza dikenakan kepada individu berlainan dalam mengendalikan kenyataan dan tindakan yang menyinggung perasaan dan tidak sensitif.

Seringkali kita melihat kumpulan atau individu tertentu terlepas walaupun selepas berulang kali membuat kenyataan menyinggung perasaan, sementara ada individu lain dikenakan hukuman, meskipun hanya kerana tersilap pilih perkataan.

Ini bukan satu andaian tetapi berdasarkan kepada bukti.

Kita semua tahu tentang kontroversi terbaru berkenaan isu stokin dengan kalimah “Allah” yang dijual di rangkaian kedai runcit di Selangor, hingga menyebabkan Agong meluahkan rasa tidak senangnya.

Ia juga menyebabkan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh melancarkan gerakan untuk memboikot KK Mart.

Protes lantang diseru oleh ketua pemuda parti Melayu terbesar di negara ini membawa kesan, dengan ada pihak mengambil tindakan ekstrem dengan melempar bom petrol dia tiga cawangan KK Mart.

Setakat ini, situasinya begini: tiada sesiapa disiasat atau didakwa kerana melakukan tindakan itu terhadap KK Mart, dan tidak ada seorang pun ditahan kerana membaling bom petrol ke rangkaian kedai itu.

Sebaliknya, pemilik KK Mart, pembekalnya dan dua pengulas di media sosial didakwa atau sudah pun dimasukkan ke penjara.

Sementara itu, terbaru semalam, Akmal ditahan di Kota Kinabalu dan dibebaskan selepas disiasat dua jam.

Sekarang, mari kita lihat kes lain.

Sesetengah pendakwah agama dilihat ada “pas percuma” untuk menghina kaum minoriti di negara ini, dengan tiada tindakan polis atau undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Ketika isu stokin itu kecoh, pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu membuat kenyataan tidak sesitif terhadap tuhan Hindu, Shiva.

Laporan polis dibuat terhadapnya tetapi tiada tindakan dikenakan.

Ini bukan kali pertama Zamri menghina Hindu.

Sebelum ini, beliau dikatakan menghina Hindu dalam satu ceramah agama. Insiden itu tular di media sosial pada 2019.

Zamri pada mulanya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu. – 6 April, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen