Lapangan terbang Basel ditutup kerana ancaman bom


EuroAirport Basel terpaksa ditutup pada Ahad kerana ancaman bom. – Gambar Agensi, 21 Januari, 2024.

EUROAIRPORT Basel terpaksa ditutup pada Ahad akibat ancaman bom, menurut pegawai lapangan terbang, lapor agensi berita Jerman (DPA).

Lapangan terbang itu terletak di Perancis di sempadan segitiga antara Perancis, Switzerland dan Jerman serta dikendalikan bersama oleh pihak berkuasa Perancis dan Switzerland.

Menurut pentadbir lapangan terbang itu, operasi penerbangan digantung buat sementara waktu dan akses ke lapangan terbang turut ditutup kira-kira jam 6 pagi (0500 GMT).

Pada Oktober lalu, EuroAirport Basel dan beberapa lapangan terbang serantau lain di Perancis terjejas akibat insiden yang sama. – Bernama, 21 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen