Gol sendiri Jordan pada saat akhir selamatkan Korea Selatan


Pemain Jordan Salem al-Ajalin (kanan) tergamam selepas rakan sepasukan Yazan al-Arab melepaskan gol sendiri sewaktu perlawanan Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 antara Jordan dan Korea Selatan di Stadium Al-Thumama di Doha hari ini. – Gambar AFP, 20 Januari, 2024.

SKUAD kendalian Son Heung-min, Korea Selatan terselamat pada aksi Piala Asia sebentar tadi apabila gol sendiri lawan memberika mereka keputusan seri 2-2 ketika berdepan Jordan.

Sehari selepas Iraq mengejutkan pasukan pilihan kejohanan Jepun, Jordan tampak menghadirkan kemenangan di Doha hasil jaringan sendiri Park Yong-woo dan sepakan Yazan Al-Naimat pada separuh masa pertama selepas Son meledak menerusi tendangan penalti pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, bola terkena Yazan Al-Arab dan menerjah ke gawang sendiri pada masa tambahan membolehkan sekuad kendalian Jurgen Klinsmann terselamat dengan satu mata daripada Kumpulan E.

Kemenangan buat mana-mana pasukan akan membolehkan mereka mara ke pusingan kalah mati dengan baki satu perlawanan.

Skuad kendalian Klinsmann menewaskan Bahrain 3-1 dalam perlawanan pembukaan dan akan menentang Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan pada Khamis.

Kelayakan ke peringkat 16 terakhir masih dalam genggaman mereka. – AFP, 20 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen