Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat


Raja Britain Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat. – Gambar AFP, 18 Januari, 2024.

RAJA Britain Raja Charles III akan menjalani “prosedur pembetulan” di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.

“Seperti ribuan lelaki setiap tahun, Raja Charles III mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar,” menurut kenyataan Istana Buckingham pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan itu masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu adalah ‘tidak berbahaya’.

“Janji temu Raja akan ditangguhkan untuk tempoh singkat pemulihan,” menurut kenyataan itu.

Raja Charles III menaiki takhta pada 8 September 2022 berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II. – Bernama, 18 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen