Tawarkan pakej bajet, rebat cukai tarik pelancong tempatan, kata kumpulan


Noel Achariam

TOURISM Malaysia sepatutnya mengeluarkan pakej yang lebih menjimatkan untuk kumpulan B40 bagi mempromosikan perjalanan domestik, kata Persekutuan Pelancongan Malaysia (MTF).

Timbalan Setiausaha Agung MTF Sri Ganesh Michiel berkata untuk berbuat demikian, kerajaan boleh memberi rebat cukai untuk rakyat Malaysia melancong ke dalam negara.

“Mungkin, mereka boleh melihat untuk memberi pengecualian cukai sebanyak RM1,000 untuk menarik minat kategori B40 untuk menikmati perjalanan ke sini.

“Tourism Malaysia sepatutnya tampil dengan pakej yang lebih menjimatkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau mengulas berhubung berita pengunjung Malaysia ke Hatyai di selatan Thailand meningkat dua kali ganda kepada 20,000 setiap hari semasa musim Krismas dan cuti akhir tahun.

Kemasukan pelancong itu menyumbang lebih dua bilion baht (kira-kira RM267 juta) kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.

Presiden Persatuan Hotel Hatyai Songkhla Sitthipong Sitthiphataraprabha berkata kira-kira 5,000 rakyat Malaysia melawat Hatyai pada hari bekerja, dan 10,000 pada hujung minggu.

Beliau menganggarkan purata perbelanjaan setiap pengunjung Malaysia ialah 10,000 baht (kira-kira RM1,300).

Ganesh berkata salah satu sebab kemasukan ke selatan Thailand mungkin disebabkan pakej pelancongan mereka yang menjimatkan.

“Sebagai contoh, penginapan tiga hari dua malam di hotel bajet, bilik berkembar adalah kira-kira RM390.

“Ini secara kasarnya adalah harga untuk hotel bajet satu hingga tiga bintang di selatan Thailand.

“Seperkara lagi ialah reka bentuk hotel bajet di Thailand dan di sini berbeza. Premis mereka kelihatan megah dan menarik.

“Jadi, ini mungkin yang dicari oleh B40 jika mereka ingin pergi bercuti.” – 13 Januari, 2024.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen