Kem sementara di Bangladesh terbakar, ribuan warga Rohingya hilang tempat berteduh


Cox's Bazar di Bangladesh menempatkan sejuta pelarian Rohignya. Sekurang-kurangnya 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem berkenaan hari ini. – Gambar AFP, 7 Januari, 2024.

SEKURANG-KURANGNYA 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem pelarian Rohingya di Bangladesh hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebanyak 500 kem perlindungan di Cox Bazar Kem 5 dijilat api dan anggota penyelamat mengambil masa tiga jam sebelum kebakaran berjaya dikawal, kata Pegawai Mohammad Iqbal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu untuk Pelarian di Bangladesh berkata menerusi platform X bahawa pihaknya akan memberikan bantuan.

Bangladesh menjadi tuan rumah kepada satu juta pelarian Rohingya di 34 kem di Cox’s Bazar. – Bernama, 7 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen