Afghanistan lancar kempen vaksinasi polio


Afghanistan akan lancar kempen vaksinasi polio secara besar-besaran untuk melindungi lebih 8.8 juta kanak-kanak. – Gambar EPA, 24 Disember, 2023.

AFGHANISTAN akan melancarkan kempen vaksinasi polio secara besar-besaran pada Isnin yang bermatlamat untuk melindungi lebih 8.8 juta kanak-kanak, lapor agensi berita Jerman DPA.

Kempen itu akan berlangsung selama empat hari, umum Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Bagaimanapun, di 42 daerah yang berisiko tinggi kempen itu akan dijalankan selama seminggu.

Di daerah yang berisiko tinggi, kanak-kanak di bawah umur 10 tahun akan divaksinasi manakala di kawasan lain umur maksimum untuk mendapatkan suntikan berkenaan adalah 5 tahun.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran migran yang kembali dari Pakistan meningkatkan risiko penularan virus.

Menteri Kesihatan kerajaan Taliban, Qalandar Ibaad berkata, jumlah kes positif yang dicatatkan tahun ini amat membimbangkan dan meminta semua rakyat, termasuk ibu bapa untuk mengambil langkah pencegahan. – Bernama, 24 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen