Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia, kata Afghanistan


Sejak 7 Oktober lalu, Israel sudah membunuh lebih 15,000 penduduk Palestin. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2023.

PEMBUNUHAN beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza akan memusnahkan ‘kredibiliti rapuh’ organisasi-organisasi dunia, kata kerajaan sementara Afghanistan.

Afghanistan pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.

Pentadbiran Afghanistan itu menggesa negara-negara berpengaruh dan badan-badan hak asasi manusia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki.

“Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Palestin akan meruntuhkan keyakinan yang sudah rapuh terhadap organisasi-organisasi antarabangsa dan konvensyen-konvensyen kemanusiaan,” menurut Afghanistan dalam satu kenyataan.

Sejak konflik bermula pada 7 Oktober, Israel membunuh atau mencederakan hampir 2.5% penduduk di Gaza. – Bernama, 3 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen