Agong, Permaisuri Agong ucap selamat Hari Natal


YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia. – Gambar Facebook Istana Negara, 24 Disember, 2023.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – Bernama, 24 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen