Pantai timur dijangka dilanda hujan berterusan hingga esok


MetMalaysia berkata beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang dijangka hujan berterusan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Disember, 2022.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Pahang pula kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain seluruh kawasan negeri Terengganu. – Bernama, 13 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen