5 maut, 30 cedera bas terbalik di Peru 


SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh manakala lebih 30 cedera dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas pada Jumaat di wilayah Caylloma di selatan Peru, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Sabtu.

Menurut polis bas milik syarikat Reyna Transport itu terbalik di jalan masuk ke daerah Chivay kira-kira 11 malam waktu tempatan Jumaat (0400 GMT Sabtu).

Seramai lima penumpang di dalam kenderaan itu terbunuh di tempat kejadian, lapor Radio Programs of Peru.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital manakala pihak berkuasa telah memulakan prosedur undang-undang untuk menentukan punca kemalangan. – Bernama, 10 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen