KKM tidak patut diam isu doktor kontrak, kata MMA


KKM tidak boleh berdiam diri dalam isu dihadapi 1,000 doktor kontrak berhubung jawatan tetap dan tempat bertugas baharu, kata MMA. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2023.

TINDAKAN Kementerian Kesihatan (KKM) yang berdiam diri berkenaan isu dihadapi kira-kira 1,000 doktor kontrak adalah sangat membimbangkan, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Azizan Abdul Aziz.

Beliau berkata persatuan itu menulis surat kepada menteri kesihatan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu dihadapi 1,004 doktor kontrak gred UD43 yang dimaklumkan tempat bertugas masing-masing untuk kelulusan jawatan tetap.

Azizan berkata MMA menghantar surat itu pada 9 November tetapi belum mendapat balasan walaupun beberapa peringatan diberikan.

“Menurut pekeliling terbaru Jabatan Sumber Manusia kementerian bertarikh 2 November, kohot doktor UD43 yang diberikan jawatan tetap perlu menghantar surat peletakan jawatan sebagai pegawai perubatan UD43 berkuatkuasa 18 Disember, 2023 – tarikh di mana mereka diarahkan lapor tugas di lokasi baharu.

“Pekeliling itu menyatakan notis peletakan jawatan tidak boleh ditarik balik dan sebarang perkara berkaitan perkhidmatan di bawah kontrak tidak boleh berbangkit selepas notis diserahkan,” katanya.

MMA juga mohon diberikan jawapan berkaitan pembayaran balik, pengiktirafan perkhidmatan, peletakan jawatan dan ganjaran.

Azizan berkata doktor tidak dibenarkan membuat tuntutan elaun pengangkutan dan kargo.

“Ini termasuk dalam alasan yang mereka dalam kontrak; sedangkan realitinya, mereka bekerja sepanjang tempoh itu.”

Azizan berkata tahun perkhidmatan tidak dipertimbangkan untuk kenaikan gaji dan pangkat.

“Pegawai perubatan perlu tiga tahun untuk sasaran kerja tahunan bagi kelayakan mendapat cuti belajar dan latihan pakar.

“Oleh itu, diharapkan syarat dan urusan untuk penyelesaian pinjaman pengajian mereka akan kekal di bawah skim sedia ada.

“Sementara itu kohot ‘gantian cuti rehat’ sepatutnya dibawa ke depan dari 18 Disember hingga tarikh lapor tugas sebagai pegawai perubatan tetap,” katanya. – 30 November, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen