Zurich, Singapura kota termahal di dunia


Singapura dan Zurich adalah bandar paling mahal di dunia mendahului New York di ketika kos sara hidup semakin melonjak, menurut majalah The Economist. – Gambar EPA, 30 November, 2023.

ZURICH dan Singapura adalah bandar paling mahal di dunia mendahului New York di ketika kos sara hidup semakin melonjak, menurut penarafan disiarkan majalah The Economist.

Majalah mingguan Britain itu mengganggarkan harga meningkat secara purata 7.4% sepanjang tahun lalu di 173 bandar utama, dengan penurunan sedikit berbanding rekod 8.1% inflasi pada 2022.

“Krisis kos sara hidup masih belum berakhir dan paras harga kekal tinggi,” kata ketua kaji selidik Upasana Dutt.

Kaji selidik itu berdasarkan kepada harga 200 produk dan perkhidmatan.

“Kami menjangkakan inflasi akan meningkat lagi pada 2024,” katanya.

Zurich mengambil alih ranking New York yang berada di tempat tertinggi tahun lalu bersama Singapura.

Empat bandar termahal adalah di Eropah, akibat inflasi tinggi berterusan menjejaskan harga makanan dan pakaian, selain kerana peningkatan nilai euro berbanding dolar.

Tambahan kepada Zurich, Geneva berada di tempat ketiga bersama New York, diikuti Hong Kong dan Los Angeles.

Paris di tempat ketujuh, sementara Copenhagen dan Tel Aviv di tempat kelapan.

San Francisco di tangga berikutnya.

Bandar paling murah di dunia adalah Damascus, menurut penarafan itu, diikuti oleh Tehran. – AFP, 30 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen