Hari ini keputusan kes mafia terbesar Itali


MAHKAMAH pada Isnin akan membuat keputusan ke atas 300 suspek yang disyaki anggota atau penyokong organisasi jenayah kumpulan Mafia terbesar di Itali, ‘Ndrangheta.

Pejabat pendakwa raya memohon hukuman penjara sehingga 30 tahun ke atas mereka.

‘Ndrangheta yang berpangkalan di Calabria adalah kumpulan penjenayah paling berkuasa di Itali yang mempunyai hubungan di seluruh dunia.

Sebahagian besar perdagangan kokain di Eropah didakwa dikawal oleh kumpulan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perolehan global kumpulan itu dianggarkan melebihi €50 bilion (AS$54.5 bilion) setahun.

Perbicaraan yang bermula tiga tahun lepas itu berdasarkan kenyataan daripada lebih 50 saksi utama yang telah meninggalkan ‘Ndrangheta.

Kumpulan itu dianggotai kira-kira 150 keluarga.

Pada 1980-an, lebih 400 ahli kumpulan mafia Cosa Nostra dibicarakan di Sicily. – Bernama, 20 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen