Penduduk bandar di Itali gempar singa sarkas terlepas 


Seekor singa terlepas dari sarkas dan berkeliaran di sekitar bandar Ladispoli di Rom, Itali semalam. – Tangkap layar, 12 November, 2023.

SEEKOR singa terlepas dari sarkas dan berkeliaran di bandar Ladispoli  di Rom, Itali semalam, mencetuskan panik sebelum haiwan itu ditangkap semula.

Datuk Bandar Ladispoli Alessandro Grando mengeluarkan amaran dan mengarahkan penduduk supaya tidak keluar rumah sementara polis dan kakitangan sarkas berusaha menangkap singa tersebut.

Rakaman video penduduk tempatan menunjukkan singa dewasa itu berkeliaran di jalan yang gelap dan lengang.

Dalam satu catatan di Facebook sekitar 10:30 malam waktu tempatan, iaitu lebih lima jam selepas beliau keluarkan amaran, Grando berkata singa itu berjaya ditangkap.

“Singa berkenaan sudah diambil kakitangan sarkas,” tulisnya. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perkhidmatan kecemasan dan sukarelawan yang membantu menangkap singa tersebut.

“Saya harap episod ini akan menimbulkan kesedaran dan akhirnya kita dapat menamatkan eksploitasi haiwan dalam sarkas,” tambahnya.

Grando sebelum ini tidak membenarkan pertunjukan sarkas dengan singa di bandar Ladispoli diadakan. – AFP, 12 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen