MAHKAMAH Agung Korea Selatan pada Khamis mengarahkan pengeluar sanitiser pelembap serta pembekal produk itu membayar pampasan kepada mereka yang menjadi mangsa produk kimia itu, lapor Xinhua.
Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah rayuan yang memerintahkan Oxy Reckitt Benckiser Korea dan Hanvit Chemical membayar lima juta won (AS$3,820) kepada plaintif, dengan nama keluarga Kim.
Kim menggunakan pelembap pembasmi kuman yang dikeluarkan dan dijual oleh Oxy dan dibekalkan oleh Hanvit, antara November 2007 dan April 2011, sebelum didiagnosis dengan penyakit paru-paru interstitial pada Mei 2013.
Mangsa memfailkan saman terhadap Oxy dan Hanvit pada Februari 2015.
Mahkamah daerah sebelum ini menolak kes itu, tetapi mahkamah rayuan pada September 2019 kemudiannya memerintahkan pembuat dan pembekal produk berkenaan membayar pampasan, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Agung pada Khamis.
Kesan penggunaan sanitiser pelembap itu dikenalpasti sejak 2011 apabila pengguna melaporkan kes kematian dan penyakit yang didakwa ada kaitan dengan produk kimia itu.
Sejumlah 5,041 kes dilaporkan sehingga Julai 2023. Parlimen meluluskan undang-undang khas untuk mangsa terlibat pada 2017. – Bernama, 10 November, 2023.
Komen