SEORANG lelaki berusia 60 tahun yang menikam dua jirannya dilaporkan maut selepas membunuh diri dalam kejadian yang berlaku di tenggara Korea Selatan pada Isnin, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.
Mangsa, seorang wanita berusia 70-an dan anak lelakinya, 40-an cedera parah dalam kejadian di sebuah apartmen di bandar Daegu pada pukul 8.47 pagi waktu tempatan.
Polis sedang menyiasat punca kejadian dan berkemungkinan menutup kes itu tanpa pendakwaan berikutan kematian suspek. – Bernama, 23 Oktober, 2023.
Komen