India tawar 7 helikopter kepada pengawal pantai Filipina


Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. berkata pemberian tujuh helikopter PCG daripada India akan meningkatkan operasi maritim negara itu. – Gambar AFP, 6 November, 2023.

KERAJAAN India menawarkan tujuh helikopter kepada Pengawal Pantai Filipina (PCG) untuk digunakan dalam usaha menyelamat dan kemanusiaan.

Ia akan meningkatkan operasi maritim negara, kata Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau menerima kunjungan Duta Besar India Shambhu Kumaran baru-baru ini.

Semasa pertemuan itu Marcos membincangkan mengenai pengukuhan hubungan antara Filipina dan India.

“Perbincangan berjalan dengan lancar. Pengawal Pantai sangat berminat—mereka cuba mengendalikan helikopter itu.. Saya meminta pertimbangan anda kerana ia akan menjadi (program) yang sangat positif,” kenyataan itu memetik kata-kata Kumaran kepada Marcos. – Bernama, 6 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen