Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas


Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA). – Gambar EPA, 8 September, 2023.

FILIPINA dan Korea Selatan menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu, menurut kerajaan Filipina hari ini.

Menteri perdagangan kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan semalam semasa sidang kemuncak Asean-Korea Selatan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Filipina.

Pemimpin kedua-dua negara Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

Menerusi FTA itu, Filipina menjangkakan Korea Selatan boleh membuka akses pasarannya kepada produk pertanian Filipina, termasuk buah-buahan tropika.

Perkongsian itu juga boleh membawa kepada pelaburan strategik dalam sektor dan industri utama seperti pembuatan dan eksport.

Marcos menyifatkan FTA itu sebagai “langkah besar” dan hubungan dua hala dan menantikan peningkatan perjanjian perdagangan yang “melangkaui perkongsian kerajaan-dengan-kerajaan.”

Yoon berkata Korea Selatan turut berminat untuk meluaskan peluang pekerjaan buat rakyat Filipina di luar negara di bawah “sistem permit pekerjaan.” – Bernama, 8 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen