Hamzah gesa henti tarik ahli Parlimen Perikatan sokong PM


Ravin Palanisamy

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) didekati dan diugut agar menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2023.

CUBAAN untuk menarik ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti dihentikan, gesa Hamzah Zainudin.

Ketua pembangkang itu mendakwa beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) didekati dan diugut agar menyatakan sokongan terhadap Anwar dan kerajaan perpaduan.

Beliau mendakwa ahli-ahli Parlimen berkenaan ditawarkan habuan oleh individu tertentu.

“PMX (Anwar), stop this, enough is enough. Kamu boleh lawan kami di Parlimen, apa nak ditakutkan?” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur hari ini.

Dakwaan Hamzah itu disokong Ahli Parlimen Kubang Pasu Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh, mendakwa mereka menerima mesej menerusi WhatsApp dan e-mel dari individu tidak dikenali, dan menawarkan cadangan projek pembangunan seperti hotel di kawasan mereka.

Hamzah selanjutnya berkata PN sedang mengumpul segala maklumat dan bukti berkenaan tawaran dan ugutan yang diterima ahli-ahli Parlimen mereka supaya menyokong kerajaan perpaduan.

“Kita sedang kumpul maklumat kerana kita ambil gambar mereka yang berjumpa dengan kita, kita nak tengok sama ada orang ini datang daripada mana.

“Dia mudah saja, dia akan jawab saya buat ini kerana saya sayangkan PMX dan PMX boleh jawab dia tak kenal pun orang ini, biasa saja.

“Laporan polis, laporan polis tapi kita juga tahu bahawa ini adalah jawapan yang akan diberikan. Yang penting berhenti buat semua benda ini. Itu yang paling penting kepada kita,” katanya. – 3 November, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen